Ini adalah rentetan kisah pok cik yang hidupnya tak ubah macam kisah fairy tale omputih. Yang bezanya cuma takde heroin je.
1. Semasa saja jalan-jalan kat Houston Street, Columbus, Ohio, seorang jurugambar Columbus Dispatch tertarik dengan sorang pok cik nih. So dia pun rakam gelagat pok cik yang mintak tolong dengan menggunakan suara emasnya. Pok cik tuh bercakap sambil kat tangan dia pegang
keratan kotak yang tulis dia adalah bekas penyampai radio yang telah melalui kehidupan yang sukar.
2. Kemudian rakaman selama 90 minit itu pun tersebar kat youtube dan ramailah orang-orang media yang tertarik dengan rakaman tersebut lalu mengajak pok cik Ted menjadi deejay.
3. Dia juga dikatakan telah ditawarkan berlakon dalam filem terbitan pelakon dan pengarah terkenal, Jack Nicholson. Fuyooo!!!
4. Selain itu, dia juga ditawarkan untuk menjadi penyumbang suara bagi memberitahu perkembangan pasukan bola keranjang, Cleveland Cavaliers dalam Liga Bola Keranjang Nasional (NBA) dan juga iklan untuk Kraft Macaroni & Cheese. Fuh!!
5. Pok cik Ted memang pernah jadi deejay tapi kene fired sebab dia bermasalah ketagihan dadah dan alkohol. Akibatnya dia ditahan di beberapa buah lokap kat Ohio. Tapi sekarang katanya dah insap. Dia kata dah berhenti ambik benda-benda tuh dah 2 tahun.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Ni pulak kisah yang berlaku kat Negara China tahun lepas. Asalnya Cheng Guorong, 34 nih pengemis macam jugak si pok cik Ted. Tapi tuah ayan nampak kat kaki, tuah Cheng Guorong sape tau. Tup-tup dia terkenal seantero dunia khususnya China yang besar tuh hanya selepas sorang jurugambar ambik gambar dia. Skrip dia hampir sama dengan citer pok cik Ted.
1. Masa tuh dia tengah mintak makanan kat orang yang lalu lalang kat situ. Macam pok cik Ted tu jugak, ada sorang jurgambar tertarik mungkin dengan kekacakannya lalu dia pun ambik gambar.

2. Gambar tu tersebar kat internet. Lepas tuh ramailah orang tertanya-tanya," Eh eh sapa mamat nih. Pengemis?! Muka sikit punya kacak gila kentang cam nie jadi pengemis ?
3. Dengan tak tersangkanya tak berapa lama selepas itu dia terima tawaran berlakon iklan dan juga sebagai model. Free-free je. Tak yah susah-susah beratur panjang kene temuduga
whatsever.
4. Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem yang memceritakan kisah hidupnya. Biasalah, bila dah famous macam tuh ada je yang nak amek kesempatan.
5. Tak semena-mena, dia dijadikan ikon fesyen oleh peminat-peminatnya. Sampaikan peminat yang terlalu obses memuji-muji pakaian yang dia pakai masa jadi pengemis dulu dan juga ada yang menggayakannya. (Psst..masa dia jadi pengemis dulu dia penah pakai baju pompuan)
6. Peminat Guorong juga telah bermurah hati menderma sebanyak 100 000 yuan (RM 49 138)
bagi membantunya membina hidup baru.
7. Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.
8. Saudara-mara dia ingatkan dia mati sehingga mereka melihat imej-imej dia kat Internet.
9. Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini.
------------------------------TAMMAT-----------------------------


No comments:
Post a Comment