Tuesday, May 1, 2012

Kosong

Well...hmmm.Aku rasa kosong..kosong...kosong (tribute to najwa latiff). Minggu ni rasa macam tak best je.. I don't know why. I found out my sumber inspirasi already have a girlfriend. So jealous of her. Then macam-macam fikiran jahat menerjah di kepalaku.Just like watak antagonis dalam drama dan filem. Aku rasa akulah perempuan jahat itu. Tiba-tiba aku rasa yang semua watak perempuan jahat tersebut bukanlah jahat seperti yang digambarkan. Dah lumrah bila lelaki yang disukai tiba-tiba menyukai perempuan lain, mestilah dia rasa jealous. Then macam-macam rancangan nak halang hubungan itu.Kan? Baik macam mana pun mesti ada rasa kecemburuan itu bertakhta di hati. Fuyoo..ayat. Hahaha.

Sebab tu kot rasa tak best. Sebab sumber inspirasi yang membuatkan hatiku berbunga riang, berbuih-buih, terbang di awangan dan sebagainya dah dimiliki. Hmm..sedih.

Ataupun something yang tak best akan berlaku pada diri aku? Aku ni dah la tak alert, tak teliti, clumsy, kelam-kalabut jee.Huh..really tired thinking of that.

Sunday, April 15, 2012

Life.Man.

Recently, many good things happen to me. I mean, in my career. In love, not really.

The problem is I don't know how to manage it. I am shy. I can talk to him, but after that I got really nervous. I'm nervous when he was around. But when he' s not, I miss him. I always want to know what he is doing. I'm always take a look at him, silently from far. When he talk to another girl, I got jealous. When he talk to me, I am so happy, but then I act as usual. I didn't show what I felt deep inside. Did he feel the same thing as mine? I don't know. How I wish he did.

But then, in another world, I've met someone. I love to hang with him. I got really happy when he text me. We never talk about our personal, like where we are, what age, study or work, etc. I really didn't know anything about him. The same he didn't know much about me. We just talk the rubbish things. Just random. But we enjoy it really much. It helps me to forget my worries, my problems, and made my day. The surprise thing is sometime we almost did the same thing. For example, I listen to a song but then he listening to the same song. Another one is I just want to eat and then he told me he was hungry. So funny ha? Sometime I feel like to know him better but I think it's weird. Haha. We used to make jokes of each other, insult, condemned and so on.

I don't know my future yet but I hope I get the good man if I made it. The one who really love me and accept me the way I am.

Wednesday, September 14, 2011

My Bad Day

Hmm...sedihnye. Kene marah tadi. Sebab tak buat keje betul-betul. Yes, its my fault. Malu pun ada. Kecewa dengan diri sendiri. Tulah..buat keje main-main. Kan dan padan muka. Nak nangis tapi.... Hmm...nak pandang muka dia pun tak berani. Segan..He knows my fault. Samalah dengan kakak tu. Aduhh..Hmm..It's my bad day.

Tak tau nak ngadu kat sape..I'm alone here. Naseb ade blog ni... and also my God, Allah swt. Be strong k?! I have to be strong. I have to. Ape nak jadi kalau keje senang macam tu pun x leh wat. So lepas ni mesti fokus. Yes. FOKUS. Be a good worker. Supaya tak malu pada diri sendiri. Tak kecewa dengan diri sendiri.

Wednesday, August 17, 2011

Alhamdulillah

alhamdulillah...
atas rezeki ini

alhamdulillah
atas kemudahan yang kau berikan dalam kehidupan ku

walau ku selalu alpa
menanti semata-mata

Sunday, May 22, 2011

Tanah runtuh di rumah anak yatim

Hmmm...lamanya tak menulis. Masa ada tapi malas je. hihi.

Bila dengar berita menyayat hati pasal tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim tu rasa sebak sangat. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas mangsa yang meninggal dunia tu. Hmmm..tak tau nak kata apa. Sedih sangat. Mungkin sebab mangsa adalah kanak-kanak, anak yatim pulak tu. Allah lebih sayangkan mereka dengan menimpakan banyak ujian untuk mereka. Harap mereka tabah menerima segala ujian di dunia nih.

Mula-mula Highland tower, then bukit antarabangsa, sekarang kene rumah anak yatim hulu langat plak. Nampaknya ada pihak yang tak pernah atau tak mahu belajar dari sejarah.

Friday, January 14, 2011

Kisah Pengemis Jadi Jutawan

Di New York, seorang pengemis, Ted Williams,53 kini dikatakan bakal menjadi seorang jutawan. Huahaha. Kayo pok cik. Dia dikatakan mempunyai suara yang digelar suara emas. Okey..kalau nak kaya jugak macam pok cik nih, sila famouskan diri anda di youtube dahulu. Ini telah terbukti menerusi beberapa orang yang dikenali hari ini. Macam si justin bieber dan jonas brother dan ana rafali dan lain-lain.

Ini adalah rentetan kisah pok cik yang hidupnya tak ubah macam kisah fairy tale omputih. Yang bezanya cuma takde heroin je.

1. Semasa saja jalan-jalan kat Houston Street, Columbus, Ohio, seorang jurugambar Columbus Dispatch tertarik dengan sorang pok cik nih. So dia pun rakam gelagat pok cik yang mintak tolong dengan menggunakan suara emasnya. Pok cik tuh bercakap sambil kat tangan dia pegang
keratan kotak yang tulis dia adalah bekas penyampai radio yang telah melalui kehidupan yang sukar.





2. Kemudian rakaman selama 90 minit itu pun tersebar kat youtube dan ramailah orang-orang media yang tertarik dengan rakaman tersebut lalu mengajak pok cik Ted menjadi deejay.



3. Dia juga dikatakan telah ditawarkan berlakon dalam filem terbitan pelakon dan pengarah terkenal, Jack Nicholson. Fuyooo!!!

4. Selain itu, dia juga ditawarkan untuk menjadi penyumbang suara bagi memberitahu perkembangan pasukan bola keranjang, Cleveland Cavaliers dalam Liga Bola Keranjang Nasional (NBA) dan juga iklan untuk Kraft Macaroni & Cheese. Fuh!!

5. Pok cik Ted memang pernah jadi deejay tapi kene fired sebab dia bermasalah ketagihan dadah dan alkohol. Akibatnya dia ditahan di beberapa buah lokap kat Ohio. Tapi sekarang katanya dah insap. Dia kata dah berhenti ambik benda-benda tuh dah 2 tahun.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ni pulak kisah yang berlaku kat Negara China tahun lepas. Asalnya Cheng Guorong, 34 nih pengemis macam jugak si pok cik Ted. Tapi tuah ayan nampak kat kaki, tuah Cheng Guorong sape tau. Tup-tup dia terkenal seantero dunia khususnya China yang besar tuh hanya selepas sorang jurugambar ambik gambar dia. Skrip dia hampir sama dengan citer pok cik Ted.

1. Masa tuh dia tengah mintak makanan kat orang yang lalu lalang kat situ. Macam pok cik Ted tu jugak, ada sorang jurgambar tertarik mungkin dengan kekacakannya lalu dia pun ambik gambar.



2. Gambar tu tersebar kat internet. Lepas tuh ramailah orang tertanya-tanya," Eh eh sapa mamat nih. Pengemis?! Muka sikit punya kacak gila kentang cam nie jadi pengemis ?

3. Dengan tak tersangkanya tak berapa lama selepas itu dia terima tawaran berlakon iklan dan juga sebagai model. Free-free je. Tak yah susah-susah beratur panjang kene temuduga
whatsever.

4. Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem yang memceritakan kisah hidupnya. Biasalah, bila dah famous macam tuh ada je yang nak amek kesempatan.

5. Tak semena-mena, dia dijadikan ikon fesyen oleh peminat-peminatnya. Sampaikan peminat yang terlalu obses memuji-muji pakaian yang dia pakai masa jadi pengemis dulu dan juga ada yang menggayakannya. (Psst..masa dia jadi pengemis dulu dia penah pakai baju pompuan)



6. Peminat Guorong juga telah bermurah hati menderma sebanyak 100 000 yuan (RM 49 138)
bagi membantunya membina hidup baru.

7. Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.

8. Saudara-mara dia ingatkan dia mati sehingga mereka melihat imej-imej dia kat Internet.

9. Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini.









------------------------------TAMMAT-----------------------------

Tuesday, January 4, 2011

New Year 2011

Salam

Lamanya tak update. Alih-alih dah masuk tahun baru. Huhu...Siannye kat blog ni. Tuan tak jage ye. Nak kene tuan blog nih. Sob..sob:(

Okeyla..Hari nih nak kongsi satu cerita sedih. Kalau tak tersentuh hati tuh memang la....tak tau nak cakap apa. Cite nih aku penah baca kat satu blog nih. Tapi tak ingat blog mane. Then baru-baru nih jumpa kat blog isuhangat.


Buat Suami yang Baru Ku Punya

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur… Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..�

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

.........................................................................................................................................................................

Sama-samalah kite menghargai insan di sekeliling kita sementara mereka masih ada.


notakaki: masih terkejut dengan kematian pelakon Faizal Yusup. semoga rohnya dicucuri rahmat.amin.