Sunday, May 22, 2011

Tanah runtuh di rumah anak yatim

Hmmm...lamanya tak menulis. Masa ada tapi malas je. hihi.

Bila dengar berita menyayat hati pasal tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim tu rasa sebak sangat. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas mangsa yang meninggal dunia tu. Hmmm..tak tau nak kata apa. Sedih sangat. Mungkin sebab mangsa adalah kanak-kanak, anak yatim pulak tu. Allah lebih sayangkan mereka dengan menimpakan banyak ujian untuk mereka. Harap mereka tabah menerima segala ujian di dunia nih.

Mula-mula Highland tower, then bukit antarabangsa, sekarang kene rumah anak yatim hulu langat plak. Nampaknya ada pihak yang tak pernah atau tak mahu belajar dari sejarah.