Pertama kali aku kenal cinta adalah masa aku form 2. Mula-mula tu aku hanya digosipkan dengan mamat tuh. Sebenarnya kawan-kawan aku yang start sume ni. Masa tuh baru je form 1. Asalnya dorang dok usik sesama dorang je. Kau suke dia...aku suka dia. Last-last tinggal aku sorang je yang belum digosipkan. Pikir punye pikir, lepas tapis-tapis,mamat tu plak jadi partner aku untuk gosip dorang. Masa tu aku wat bo layan je. Ikut suka korang lah. Then, bila dah slalu sangat kawan-kawan aku dok usik, aku dengan terotomatiknye tersuka kat dia. Ntah la kenapa. Naluri remaja baru nak membesar kot. Sampaikan setiap hari aku kempunan nak tengok muka dia. Macam kene bomoh la plak.(-<). Tapi aku suka diam-diam la. Tak penah ngaku walaupun kawan-kawan slalu usik. Bila dorang usik, aku pura-pura marah, pura-pura tak suka, tapi dalam hati...penuh bunga. Haha. Tapi kusangkakan panas ke petang,rupanya...Sampaila satu hari ni tiba-tiba dia digosipkan dengan budak lain. Sebab dorang berkerja bersama untuk satu event yang skolah aku wat. Aku ingatkan gosip-gosip liar je. Mana tau rupanya mereka saling bertepuk tangan. Aku frust tapi dalam hati je. Huuhuuu.
Second time aku sukakan makhluk yang bernama lelaki adalah masa aku ikut program PKN. Awal Ashaarinye aku suka ushar kawan dia yang hensem tu. Dia pun aku suka tengok tapi aku prefer kawan dia lagi la. Maklumlah kawan dia tu putih, so nampak menyerlah la sket. Dia plak tak cerah tapi muka manis. Sedap mata memandang. Geng dia pun agak femes. Femes sebab slalu je ada masalah disiplin. Tapi memang kan. Laki yang hensem slalunya nakal sket. Kalau nak cari lelaki hensem, cari kat pusat serenti. Hhahha. Ok..ok sambung balik. Aku start kenal dia masa aktiviti Kenegaraan. Tapi dia dan geng-geng dia ni slalu ponteng. Macam tukar shift je aku tengok. Kawan ni datang, kawan tu tak datang. Lagipun dapat instructur (cikgu) yang bila bercakap, macam menyanyi mendayu-dayu sehingga boleh menidurkan semua orang. Hehe. Dan cikgu ni pun tak straight sangat. Tak penah nak marah. Ikut suka korang la nak wat apa. Tak kuasa aku nak layan. Janji abes silibus dan gaji aku masuk. Masa kelas Kenegaraan ni aku tak ushar dorang sangat. Camne nak ushar, nak nampak kasut pun susah. Jadi aku cuci mata tengok sorang guy ni yang sangat cute dan muka dia ada iras Radhi OAG. Aku suka tengok lelaki yang cute-cute nih. Lepas kelas Kenegaraan adalah kelas Pembinaaan Karakter. Masa tu lah, nak dijadikan cite, aku 1 group dengan geng-geng seperjuangan dia. Asalnye lepas sesi peng'group'an dibuat melalui kaedah kira-ikut-barisan,
Peringkat seterusnya adalah masa aku matrik. Matrikulasi. Tapi aku bukan minat kat student tapi hmmm...tukang masak kat kolej tu. Haahaha. Pelik kan. Aku sendiri pun pelik gak. Kebetulan masa tu tengah femes lagu Relaku Pujuk nyanyian Spider. Bila aku terdengar lagu tu mesti otomatik akan teringatkan dia. Aku pun tak tahu kenapa. Why?Why?! Mula-mula tu aku stakat suka tengok dia dari jauh jer. Sampaila satu hari tu, masa tu adalah study week iaitu seminggu before exam, aku dan kawan aku nak bersarapan pagi kat situ sebelum buat ulangkaji. Aku amek mee goreng dan sebijik telur mata. Then tiba-tiba, dari mana ntah dia tiba-tiba muncul. Dia pun nak makan gak. Dia pun amek mee gak. Pastu masa aku tengah pilih telur tu, dia pun nak gak. Then, masa aku nak bayar, sempat dia nak gurau ngan aku. Dia tunjuk makanan kami sama. Dia kata aku tiru dia. Dia yang tiru aku. Aku amek dulu mee dan telur tu. Aku pun terkejut gak dia nak bergurau ngan aku. Walhal kami mana penah bertegur sapa pun. Tapi aku slalu la beli nasi goreng kat tempat dia goreng petang-petang tu. Dia perasan kot. Lagi satu kejadian adalah masa makan tengah hari. Masa aku nak amek pinggan, pinggan tu tak nak bekerjasama ngan aku dan terpelanting ke bawah. Tinggg!!!!!! bunyinya. Aku buat-buat selamba walaupun hakikatnya malu. Nasib baik tu kafe sebelah pompuan dan masa tu student tak ramai lagi yang datang. Dia lagi skali muncul dari mana ntah (macam biskut chipsmore la plak) tiba-tiba kata. Haaa...haaa...tak tau...Eh eh buat comel plak. Then peristiwa terakhir adalah masa aku dan kawan-kawan aku nak beli makanan panas kat gerai dia. Masa kawan aku tu tengah tulis order kat buku, dia asyik pandang je aku. Dahlah aku ni jenis yang tak suka bertentang mata. Tambah-tambah lelaki. Tak tau la apa ada kat muka aku ni. Tapi dia berjaya membuatkan aku perasan sorang-sorang. Kuikui. Tapi satu hari tuh masa tu aku puasa ganti. So, nak tukar selera sket. Aku pegila kafe lain. Kafe tu ada adik dia keje kat situ. Memang famili dorang pakar menggoreng kot. Adik dia lagi teruk. Sampai kuali menggoreng tu tak nampak macam rupa kuali dah dek slalu kena ketuk dengan senduk. Kesian aku tengok keadaan kuali tu. Dah nak jadi rupa segiempat dah. Eh...apa aku dok merepek nih. Okelah. Straight to the point, masa aku tengah tunggu makanan aku tu, adik dia pun pandang aku macam dia pandang aku hari tu. Heran aku. Mulalah aku buat macam-macam spekulasi. Maybe ada sapa-sapa yang dorang kenal muka macam aku ke, mana tau. Dan perkara tu masih misteri pada aku sampai sekarang. Ada sekali tu masa aku balik dari masjid lepas solat isyak, aku ada bertembung ngan dia yamg sedang membonceng motor kawan dia. Aku perasan dia ada pandang aku dengan pandangan yang sama.Hmmm...misteri nusantara betul.
Seterusnya adalah masa aku kat universiti. Mula-mula tu aku tak perasan dia sangat. Then, tiba-tiba dia kem salam kat aku. Maybe saja je nak usik aku. Aku pun tak ambil pot sangat. Sebab aku tau aku bukanlah idaman sang jejaka yang pasti idamkan pompuan yang cantik dan menarik. Disebabkan dia yang agak comel dan agak pandai jugak, so aku pun terminat jugak la kat dia. Secret admirer je lah. Satu hari tu dia duk dekaaatttt dengan dengan aku. Masa tu jantung aku dup dap..dup dap. Then balik bilik terus hati berbungaa..Macam dunia ini ana yang punya. Heheh.
Tapi semua kegembiraan dan keperasanan aku tuh aku simpan dalam hati. Tak siapa pun penah tau. Mungkin semua yang aku lalui ni hanya perasaan aku je. Mungkin jodoh aku bukan dengan mereka. Mungkin perjalanan aku masih jauh. Atau mungkin aku tak berjodoh.