Saturday, October 9, 2010

Fenomena Tarian Flight Attendant di Cebu, Filipina

Baru-baru ni, Cebu Pacific Airlines telah mencetuskan fenomena di seluruh dunia (agaknya). Kenapa? Sebab kelainan yang dilakukan oleh syarikat tersebut yang menyuruh Flight Attendants-nya menari semasa memdemonstrasikan langkah-langkah keselamatan semasa di dalam penerbangan. Hmm...mana pernah dibuat orang. Dan kelainan tersebut mendapat perhatian ramai malah menjadi bualan hangat. Sebelum nih mana penah FA dapat perhatian masa wat demonstrasi keselamatan. Rasanya mereka yang baru 1st time naik fligt je yang akan tengok. Walaupun FA yang dipilih tu cantik-cantik dan hensem-hensem belaka tapi tetap tak dapat menarik perhatian kita. Kalau ada pun mungkin sekadar nak cuci mata. Hehe..Tapi kelainan yang dicetuskan nih memang mendapat perhatian ramai. Mungkin lepas ni FA-FA ni akan lebih popular dari orang Filipina. Maka berebutlah orang nak jadi CPA FA.

Kalau sesiapa yan belom tengok lagi, ini adalah video yang banyak disebarkan



Dan ni plak FA lelaki.




Menarik kan? So sesiapa yang nak jadi FA baik mintak kat Cebu Airlines. Glamer...

Tuesday, September 28, 2010

FOBIA

Sejak kebelakangan nih aku selalu fikir perkara yang bukan-bukan. Aku risaukan banyak benda bila nak lakukan sesuatu. Bila nak memasak, slalu pikir takut tong gas tuh tiba-tiba meletup. Bila naik kereta mesti risau kalau tengok kereta lain macam nak langgar. Especially lori-lori yang besar tuh. Even kalau dok kat rumah pun boleh terpikir macam-macam kemalangan. Fobia ke aku? Walhal tak penah pun perkara-perkara yang aku risaukan tuh terjadi kat aku. Mungkin aku nih selalu tengok berita-berita yang negatif kot. So, otak aku selalu pikir macam tuh. Kadang-kadang aku sendiri pun letih otak pikir perkara macam nih. Huh...macam mana la nak kurangkan kerisauan-kerisauan kau nih. Help me God.

Monday, March 22, 2010

Perkara-perkara yang mahu dilakukan bila berduit

Sejak kebelakangan nih, banyak benda yang aku terpikir nak buat kalu ada duit lebih. Kepala otak aku merencana banyak perkara yang mahu dibuat bila ada duit. So, untuk buat aku tak lupa perkara-perkara yang sedang berlegar-legar kat kepala ni, aku wat list di bawah ni.

1. Refrigerator baru yang lebih besar. Senang nak letak barang dapur yang banyak untuk
stok seminggu.

2. Langsir yang lebih ringkas dan praktikal tapi nampak cantik.



3. Dapur baru yang lebih selesa dan mendamaikan



5. Nak buat bilik sendiri yang lebih private, comel dan selesa. Hmm... tetiba teringat bedroom Ali dalam citer Kami tuh. Nampak cool. Takde katil. Tilam jer. Tapi kalau yang macam kat bawah ni ok gak. Then mesti ada almari buku. Book lover..hehe.


Banyaknya perkataan lebih. Hehe. Stakat nih tu yang aku pikir. Kalau ada mentol muncul lagi kat kepala nih, aku akan update.

Wednesday, March 10, 2010

G- Dragon - Butterfly

Suka sangat tengok mv nih. Sangat sweet. G-Dragon sangat cutie-mutie bila transform jadi kartun. Dan kartunnya sangat cantik dan menarik untuk ditonton. Sangat-sangat-sangat best dan menarik tertarik kau memang da bomb. Haahaa... ;>

Friday, February 5, 2010

C.I.N.T.A L.O.V.E

Cakap tentang cinta, hampir semua orang aku rasa pernah ada perasaan cinta. Tak kirala sama ada tepuk sebelah tangan atau tepuk dua-dua belah tangan. Kali ni, aku nak luahkan tentang orang-orang yang penah aku suka (malu nak tulis cinta.heehee) tapi aku tak penah tunjuk dan tak sapa-sapa pun penah tahu.

Pertama kali aku kenal cinta adalah masa aku form 2. Mula-mula tu aku hanya digosipkan dengan mamat tuh. Sebenarnya kawan-kawan aku yang start sume ni. Masa tuh baru je form 1. Asalnya dorang dok usik sesama dorang je. Kau suke dia...aku suka dia. Last-last tinggal aku sorang je yang belum digosipkan. Pikir punye pikir, lepas tapis-tapis,mamat tu plak jadi partner aku untuk gosip dorang. Masa tu aku wat bo layan je. Ikut suka korang lah. Then, bila dah slalu sangat kawan-kawan aku dok usik, aku dengan terotomatiknye tersuka kat dia. Ntah la kenapa. Naluri remaja baru nak membesar kot. Sampaikan setiap hari aku kempunan nak tengok muka dia. Macam kene bomoh la plak.(-<). Tapi aku suka diam-diam la. Tak penah ngaku walaupun kawan-kawan slalu usik. Bila dorang usik, aku pura-pura marah, pura-pura tak suka, tapi dalam hati...penuh bunga. Haha. Tapi kusangkakan panas ke petang,rupanya...Sampaila satu hari ni tiba-tiba dia digosipkan dengan budak lain. Sebab dorang berkerja bersama untuk satu event yang skolah aku wat. Aku ingatkan gosip-gosip liar je. Mana tau rupanya mereka saling bertepuk tangan. Aku frust tapi dalam hati je. Huuhuuu.

Second time aku sukakan makhluk yang bernama lelaki adalah masa aku ikut program PKN. Awal Ashaarinye aku suka ushar kawan dia yang hensem tu. Dia pun aku suka tengok tapi aku prefer kawan dia lagi la. Maklumlah kawan dia tu putih, so nampak menyerlah la sket. Dia plak tak cerah tapi muka manis. Sedap mata memandang. Geng dia pun agak femes. Femes sebab slalu je ada masalah disiplin. Tapi memang kan. Laki yang hensem slalunya nakal sket. Kalau nak cari lelaki hensem, cari kat pusat serenti. Hhahha. Ok..ok sambung balik. Aku start kenal dia masa aktiviti Kenegaraan. Tapi dia dan geng-geng dia ni slalu ponteng. Macam tukar shift je aku tengok. Kawan ni datang, kawan tu tak datang. Lagipun dapat instructur (cikgu) yang bila bercakap, macam menyanyi mendayu-dayu sehingga boleh menidurkan semua orang. Hehe. Dan cikgu ni pun tak straight sangat. Tak penah nak marah. Ikut suka korang la nak wat apa. Tak kuasa aku nak layan. Janji abes silibus dan gaji aku masuk. Masa kelas Kenegaraan ni aku tak ushar dorang sangat. Camne nak ushar, nak nampak kasut pun susah. Jadi aku cuci mata tengok sorang guy ni yang sangat cute dan muka dia ada iras Radhi OAG. Aku suka tengok lelaki yang cute-cute nih. Lepas kelas Kenegaraan adalah kelas Pembinaaan Karakter. Masa tu lah, nak dijadikan cite, aku 1 group dengan geng-geng seperjuangan dia. Asalnye lepas sesi peng'group'an dibuat melalui kaedah kira-ikut-barisan, geng-geng dia tu bukan 1 group dengan aku. Tapi dorang memaksa beberapa guy grup aku letak jawatan dan blah ke grup lain. Slamber je. Nasib la cikgu-cikgu tu tak perasan ataupun dorang malas nak kisah. Jadilah group aku nih group yang paling femes kat kelas aku. Femes sebab disiplin dorang. Femes sebab ada guy hemsem. Dan rasanya ramai budak pompuan cemburukan girls di group ni. haha. Bangga sebentar. Guy yang aku suka ni macam misteri sket. Dia tak banyak cakap dan suka pakai cap merah. Pagi petang siang malam pakai cap merah. Macam kat rambut tu dia letak gam bukannya minyak rambut. Kawan dia yang aku minat masa kelas Kenegaraan ni pun suka pakai cap gak tapi kaler hitam putih. Okela aku gelarkan dia kat sini sebagai M(sebab suka pakai cap merah dan nama dia pun start huruf M). Mula-mula tuh aku tak kesah sangat pun dengan dia. Sebab dia pun tak kisah je. Lagipun group kami ada sorang pompuan cun. So aku sedar diri la. Sampaila satu hari tu dia pandang aku semacam. So, aku ni yang pantang dipandang begitu oleh lelaki yang ensem, mulala hati berbunga. Ada sesetengah aktiviti tu bila aku ada can dok sebelah dia aku rasa kembang kempis hidung. Mesti ada orang jeles. Aku tau mesti ramai yang minat dia nih. Dia pun kadang-kadang usik aku. Haha... Sukanye. Tapi aku suka macam tu je la. Aku pun tak sure dia suka aku ke atau saje-saje je nak bermesra sebagai kawan. Sudahnye, abes pkn aku dok angau sorang-sorang.

Peringkat seterusnya adalah masa aku matrik. Matrikulasi. Tapi aku bukan minat kat student tapi hmmm...tukang masak kat kolej tu. Haahaha. Pelik kan. Aku sendiri pun pelik gak. Kebetulan masa tu tengah femes lagu Relaku Pujuk nyanyian Spider. Bila aku terdengar lagu tu mesti otomatik akan teringatkan dia. Aku pun tak tahu kenapa. Why?Why?! Mula-mula tu aku stakat suka tengok dia dari jauh jer. Sampaila satu hari tu, masa tu adalah study week iaitu seminggu before exam, aku dan kawan aku nak bersarapan pagi kat situ sebelum buat ulangkaji. Aku amek mee goreng dan sebijik telur mata. Then tiba-tiba, dari mana ntah dia tiba-tiba muncul. Dia pun nak makan gak. Dia pun amek mee gak. Pastu masa aku tengah pilih telur tu, dia pun nak gak. Then, masa aku nak bayar, sempat dia nak gurau ngan aku. Dia tunjuk makanan kami sama. Dia kata aku tiru dia. Dia yang tiru aku. Aku amek dulu mee dan telur tu. Aku pun terkejut gak dia nak bergurau ngan aku. Walhal kami mana penah bertegur sapa pun. Tapi aku slalu la beli nasi goreng kat tempat dia goreng petang-petang tu. Dia perasan kot. Lagi satu kejadian adalah masa makan tengah hari. Masa aku nak amek pinggan, pinggan tu tak nak bekerjasama ngan aku dan terpelanting ke bawah. Tinggg!!!!!! bunyinya. Aku buat-buat selamba walaupun hakikatnya malu. Nasib baik tu kafe sebelah pompuan dan masa tu student tak ramai lagi yang datang. Dia lagi skali muncul dari mana ntah (macam biskut chipsmore la plak) tiba-tiba kata. Haaa...haaa...tak tau...Eh eh buat comel plak. Then peristiwa terakhir adalah masa aku dan kawan-kawan aku nak beli makanan panas kat gerai dia. Masa kawan aku tu tengah tulis order kat buku, dia asyik pandang je aku. Dahlah aku ni jenis yang tak suka bertentang mata. Tambah-tambah lelaki. Tak tau la apa ada kat muka aku ni. Tapi dia berjaya membuatkan aku perasan sorang-sorang. Kuikui. Tapi satu hari tuh masa tu aku puasa ganti. So, nak tukar selera sket. Aku pegila kafe lain. Kafe tu ada adik dia keje kat situ. Memang famili dorang pakar menggoreng kot. Adik dia lagi teruk. Sampai kuali menggoreng tu tak nampak macam rupa kuali dah dek slalu kena ketuk dengan senduk. Kesian aku tengok keadaan kuali tu. Dah nak jadi rupa segiempat dah. Eh...apa aku dok merepek nih. Okelah. Straight to the point, masa aku tengah tunggu makanan aku tu, adik dia pun pandang aku macam dia pandang aku hari tu. Heran aku. Mulalah aku buat macam-macam spekulasi. Maybe ada sapa-sapa yang dorang kenal muka macam aku ke, mana tau. Dan perkara tu masih misteri pada aku sampai sekarang. Ada sekali tu masa aku balik dari masjid lepas solat isyak, aku ada bertembung ngan dia yamg sedang membonceng motor kawan dia. Aku perasan dia ada pandang aku dengan pandangan yang sama.Hmmm...misteri nusantara betul.

Seterusnya adalah masa aku kat universiti. Mula-mula tu aku tak perasan dia sangat. Then, tiba-tiba dia kem salam kat aku. Maybe saja je nak usik aku. Aku pun tak ambil pot sangat. Sebab aku tau aku bukanlah idaman sang jejaka yang pasti idamkan pompuan yang cantik dan menarik. Disebabkan dia yang agak comel dan agak pandai jugak, so aku pun terminat jugak la kat dia. Secret admirer je lah. Satu hari tu dia duk dekaaatttt dengan dengan aku. Masa tu jantung aku dup dap..dup dap. Then balik bilik terus hati berbungaa..Macam dunia ini ana yang punya. Heheh.

Tapi semua kegembiraan dan keperasanan aku tuh aku simpan dalam hati. Tak siapa pun penah tau. Mungkin semua yang aku lalui ni hanya perasaan aku je. Mungkin jodoh aku bukan dengan mereka. Mungkin perjalanan aku masih jauh. Atau mungkin aku tak berjodoh.

Friday, January 8, 2010

Idola Kecil 2

Musim Ke-2 Idola Kecil yang baru berakhir minggu lepas memang betul-betul telah menarik minat aku. Yang musim pertama dulu aku sempat follow masa minggu-minggu last jer. Sangat menarik. Aku ingat lagi masa dorang perform kat satu anugerah kat tv3 dulu. AJL kot. Walaupun masih kecik tapi dorang berjaya membuat persembahan yang mantap dan paling menonjol. Dan yang pasti musim kedua ni pun sungguh menarik. Peserta-peserta sangat mantap. Susah nak cari yang terbaik. Peserta musim ni, Maulud, Azzam, Arill, Sam, Fienaz, Tasya, Jiha, Ain, Nurul, Dayana.

Azzam. Dari pemerhatian aku Azzam paling ramai peminat. Kat shoutout sms tv9, kat internet, nama Azzam yang paling banyak. Boleh dikatakan, ramai yang dah jatuh cintan dengan si Azzam nih. Hmm.. boleh dikatakan die-hard fan lah. Siap mintak no fon lagi. Then, ada yang siap tinggal no fon, alamat, emel supaya dapat dicall kalau-kalau Yang Diminati tuh ada baca message dorang. Kalau tak caya baca kat sini
Idola Kecil Musim Kedua | Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater(ps:baca komen)
Budak-budak zaman sekarang memang advance kan? Siap apply nak jadi gf. Huhu..Tapi tak dinafikan, Azzam nih memang ada daya penarik walaupun dia agak low profile. Suara dia sangat best dan muka dia sangt sweet. Dan bagi akulah, dia boleh popular macam Mamat Exist dulu ataupun lebih popular. Mana tahu?

Azzam

Yang kedua femes adalah Dayana. Kemungkinan besar sebab dia cantik,cute dan nakal-nakal sket. Tapi suara memang power. Serak-serak basah. Macam suara orang dewasa. Faizal Tahir pun minat kat Dayana. Dia cakap masa dia jadi juri jemputan.

Dayana

Tapi malam final hari tuh Idola Popular jatuh kepada Dayana. Ingatkan dapat kat Azzam. Sebab kalau tengok kat final hari tuh, sebut je nama Azzam, mesti bising. Sangat ramai. Peminat dia macam terkena renjatan elektrik jer. Hehee.

Yang ketiga femes adalah Fienaz. Walaupun dia keluar awal, tapi peminat dia pun agak ramai.
Sebab yang sama macam Dayana. Sebab dia cantik dan cute. Aku selalu keliru antara dia dan Dayana. Macam twins je. Tapi bila kat atas pentas baru dapat cam mana satu Dayana mana satu Fienaz. Sebab Dayana kecik sket. Fienaz tinggi. Fienaz ni nampak matured antara semua. Dia macam kakak sulung kepada peserta-peserta. Dan yang paling bongsu adalah Dayana, si budak nakkal. Si Maulud tu pun macam ada hati kat Fienaz nih. Kuikui...

Fienaz

Arilll. Dia ni jenis yang ada gaya. Buat persembahan mesti power. Aku terpegun tengok dia punyer performance masa final lagu Peronda Jaket Biru(betul ke tajuk dia cam neh?) Rock habis.

Arill

Ain. Rock kid, kata Atilia. Tapi dia boleh bawak semua jenis lagu dengan baik. Baik dari tradisional sampai la pop. Aku selalu keliru gak antara dia ngan Nurul macam aku keliru Dayana denan Fienaz. Sebab dua-dua rambut kerinting.

Ain

Maulud. Masa mula-mula dulu dia agak menonjol sebab mungkin attitude dia yang menghiburkan. Dia ni antara yang rapat dengan Fienaz. Atas pentas, persembahan dia menghiburkan sebab dia pandai entertain penonton dengan gayanya yang bersahaja. Macam kata juri, dia memang dilahirkan untuk berada dia atas pentas. Tapi vokal dia tak sebaik peserta lain. Hampir setiap minggu mesti ada komen pasal nyanyian dia. Tapi itu boleh diasah sebab kadang-kadang tu, lebih susah nak jadi penghibur dari jadi penyanyi kan?

Maulud

Tasya. Bagus cuma mungkin dia tak berapa menyerlah sebab tak nampak x-factor dia. Dia juga pandai buat persembahan yang menghiburkan.

Tasya

Jiha. Dia kalau buat persembahan mesti best. Suka tengok dia menyanyi sambil berlakon. Nampak bersahaja dan hidup.Dia mungkin jugak boleh jadi seorang pelakon.

Jiha

Nurul. Masa minggu-minggu awal Nurul ni nampak macam malu-malu sket tapi lama-lama dah okey. Maybe sebab tiap-tiap minggu kene perform depan ramai orang. Kene menari lagi. So, lama-lama dah hilang perasaan segan tuh.

Nurul

Sam adalah satu-satunya peserta Cina. Dia pernah cakap dia berazam nak hafal lebih banyak lagu melayu melalui pertandingan nih. Tapi nampaknya hajatnya terhenti sebab dialah peserta pertama yang terkeluar. Bukan dikeluarkan tapi dia menarik diri. Dia kata sebab dia rindu kat famili. hukhuk...Sedey..

Sam

Itulah antara pendapat aku untuk Idola Kecil 2. Semua pesertanya best dan nampak diorang serasi bersama. Rapat macam adik beradik walaupun ada yang cuba-cuba buat gosip.

Keputusan Idola Kecil 2
Juara - Dayana
N. Juara - Azzam
Ke-3 - Ain

Idola popular - Dayana

Saguhati - Tasya, Arill, Maulud

Yang terkeluar
1. Sam
2. Fienaz
3. Nurul
4. Jiha