Monday, November 30, 2009

Filem Jalang

Jalang. Itulah tajuk filem terbaru yang bakal berada di pawagam. Hairan. Jika sebelum ini tajuk sesebuah filem amat dititikberatkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Banyak contoh dapat disebutkan di sini. Bermula dengan filem Perempuan Isteri dan ... . Simbol '...' digantikan untuk perkataan 'jalang'. Filem Anu Dalam Botol juga diminta diubah tajuknya. Filem - filem berkaitan rempit juga mula diharamkan kerana dikatakan memberi kesan yang tak baik kepada masyarakat. Jika begitu, apa istimewanya filem Jalang? Terang-terangan menggunakan tajuk yang kontroversi. Dan adakah ia akan memberi nilai moral yang baik kepada penonton? Filem ini bakal diklafikasikan sebagai 18PL. Sungguh hebat negara Islam yang bernama Malaysia kan? Kenapa filem - filem yang kontrversi sebelum ini tidak aja diletakkan dalam klasifikasi yang sama? Kan senang?

Dalam Pancaindera keluaran 29 November yang lalu, penerbit filem ini ada memuji pelakon utama filem ini. Ini merupakan petikan dalam artikel tersebut.

Gadis berusia 21 tahun itu dikatakan mempunyai bakat luar biasa kerana 'keberanian' melakonkan adegan panas dalam filem itu.

Aduh! Apa sudah jadi dengan industri hiburan ni. Hanya dengan 'keberanian' melakonkan adegan panas, maka pelakon itu akan dipuji sebagai pelakon hebat. Eh silap. Up sket. Luar biasa. Wah! Kalau macam ni sesiapa yang nak jadi pelakon luar biasa hebat kenalah ada adegan panas. Tak gitu. Hmm... maknanya pelakon yang bertudung litup bukanla pelakon yang berbakat luar biasa.

Lu pikirla sendirik!