Saturday, September 26, 2009

Dan Humphrey Malaysia

Sape-sape yang ada ikut cerita Gossip Girl mesti kenal dengan jejaka yang namanya Dan(Danial) Humphrey atau nama sebenarnye Penn Badgley. Kepada sape yang tak kenal, ini gambarnya.


Dan Humphrey

Dan korang ada perasan tak mukanya ada iras-iras dengan salah sorang pelakon Malaysia. Dia adalah salah sorang pelakon Dunia Baru kat TV3 dulu tuh. Ala...yang cite budak-budak kolej tuh. Yang Si Oppie tu jatuh cinta pandang pertama tu. Dalam cite tu nama dia Yusof. Selain tuh dia jugak belakon dalam cite Jelatang. Dan yang latest, Sumpah Bunian yang dalam slot Lagenda kat TV3 dan TV9, dimana dia adala hero dalam siri tu.Dapat teka ke tak? Scroll ke bawah untuk jawapan.

-

--

---

----



------


---------


------------





Ryzal


Amacam? Ada sama tak? Bagi aku ada. Nak tengok lebih lagi. Sila sila.









Ape pun, ni pendapat dan dari kaca mata aku. Kalau tak setuju, tu hak masing-masing kan? Semoga si Ryzal ni success dalam life dia.

Wednesday, September 2, 2009

Kahwin?!!

Aku tergamam. Rupa-rupanya ini semua merupakan satu perancangan yang aku sedikit pun tahu. Meraka sangat bijak memperdayakan aku. Mereka mengaturkan semuanya tanpa aku mengetahui. Aku diminta menurunkan tandatangan.Tandatangan yang bisa merubah hidupku. Tandatangan tanpa rela. Tapi entah mengapa aku bagaikan pak turut. Tidak langsung membantah pernikahan yang berlangsung tanpa pengetahuanku. Tanpa relaku. Aku hanya mampu membantah di dalam hati. Sungguh aku tidak menjangka akan semua ini. Semuanya berlaku dengan sangat pantas.

Namun aku tidak tahu siapa yang telah sudi menikahi diriku. Aku berada di dalam kereta saat dia menyarungkan cincin ke jari manisku. Dia telah menyarungkan cincin itu melalui tingkap kereta.Aku masih tidah dapat melihat siapakah gerangannya.

Tiba-tiba dia melintasi kereta yang ku naiki. YA ALLAH. Benarkah dia yang telah menjadi suamiku. Aku tergamam sekali. Aku sungguh tidak menjangka semua ini. Bahkan dia beberapa tahun lebih muda daripadaku. Dan aku sungguh tidak menyangka yang dia sukakan ku.

Kami ke rumah ibunya yang juga sudah menjadi ibu mertuaku. Kami beriringan berjalan ke arah rumahnya. Tanpa kusedari, tangan kami bersentuhan. Dan tiba-tiba dia menggenggam tanganku dengan sangat erat. Sangat erat sehinggakan ku dapat merasakan kehangatan kasihnya. Buat seketika aku merasakan bagai bunga-bunga sedang berkembang dalam lubuk hatiku. Dan buat seketika aku berasa bahagia.

Tapi itu hanya untuk seketika bila aku menyedari bahawa kami telah berkahwin tanpa kerelaanku. Lantas aku menarik kembali tanganku dari genggaman tangannya dengan rakus tanda protes. Kami tiba di rumahnya. Dia lantas memberi salam sambil mengucup tangan ibunya. Tiba giliranku. Aku dengan teragak-agak menyalami ibu mertuaku lantas mengulangi salam yang telah diucapkan oleh anaknya tadi,"Assalamualaikum mak." Sungguh janggal sekali ketika itu.

*************************************************************************************

Dan aku tersedar dari mimpiku. Hmm... ini kali keempat aku mimpi yang aku berkahwin. Namun yang bezanya kali ini aku ditunjukkan siapa suamiku. Ya Allah. Apakah semua ini? Aku sangat bingung mengenangkannya. Entah kenapa aku asyik teringat-ingatkan mimpi tersebut terutama sekali saat dia menggenggam erat tanganku. Aduhh.Kenapa aku tiba-tiba mimpi pasal kahwin sedangkan sebelum aku tidur, aku langsung tak terpikirkan soal tersebut. Langsung tak terpikirkan mana-mana lelaki.

Aku tak tahu kenapa ada sesetengah part dalam mimpi aku tu pelik sket. First, masa dia sarungkan cincin, aku berada dalam kereta dan dia di luar.Second, mak dia tak datang ke majlis tu sebaliknya tunggu di rumah. Bila sampai rumah, mak dia tengah lap pasu. Macam takde ape2 berlaku pun.

Haha..aku berasa sangat lucu sekarang. Hahaha...hihihi...huhuuhu..