Sunday, August 30, 2009

Mereka yang Ku Suka

Kali ini aku nak senaraikan artis-artis yang aku suka. Okela..di bawah ni ade senarai artis2 yang aku minat mengikut tahap tumbesaran aku, bukan sape yang paling kau minat. FYI, aku ni senang terpengaruh. So, kebanyakan yang aku minat adalah hasil daripada sifat kelalangan aku. hehe. Ok, ready.1, 2,..GO!!!


1. KRU
  • Dorang ni artis 1st yang aku minat. Masa tu aku sekolah rendah. Ni sume sebab terpengaruh dengan abang aku. Haha. Aku rasa start dari sini la sifat kelalangan ku bermula.. Then, lepas dipengaruhi tu, aku pun cari sebab apa aku boleh terpengaruh. Okla, aku ngaku. sebab dorang encem. Tambah2 si Yusry tu. Tapi yang bonusnya sebab dorang ni pandai cari peluang. Tak begantung pada nyanyian je. Lepas dorang wat bisnes, artis2 lain pun banyak yang ikut. Bagusla tu. Benda baik elok jadi ikutan.
  • Dan dorang la yang mengenalkan aku makna perkataan fanatik. Macam lagu Fanatik dorang tu. YA, aku ngaku aku sangat fanatik dengan orang masa tu. Kalau boleh tiap2 hari nak tengok muka dorang kat tv. Kira macam penyakit orang bercinta la... Dorang jugak la yang mengenalkan aku ke dunia hiburan. Dan aku menjadi sangat fanatik dengan dunia hiburan di kala itu. Sume hiburan di media elektronik mahupun media cetak aku nak baca. Hmm.. teruk kan? Pastu nasib baik aku masuk asrama. Kalau tak lagi parah keadaan aku..Perasaan fanatik tu lama-lama hilang dengan sendirinya. So sekarang ni kalau aku minat sape2 aku dah tak fanatik sangat sebab aku dah sedar tiada untung dan faedahnya sikap itu.
  • Tapi aku salute dengan dorang sebab sentiasa berfikiran jauh dan jugak kreatif. Dan itulah yang menjadikan mereka seorang yang berjaya dalam dunia bisnes di samping dunia seni suatu ketika dulu.
  • Dan dorang tetap dalam hatiku walaupun sifat fanatik tu dah berkurangan. Semoga dorang berjaya dalam bisnes dan hidup.

2. Siti Nurhaliza
  • Sape yang tak minat kan dengan dia? Pada aku, aku suka tengok muka dia dan aku suka dia perform live. Bila dia wat performance, mata aku kaku je. Ntah la. Dia guna ubat guna2 tak?Isk..tak baik sungguh aku ni. Tapi betul. Personally, aku lebih suka dia masa dia masih single dan masih hijau. Suara dia comel masa tu. Tambah2 lagu Aku Cinta Padamu dan Jerat Percintaan. Dan satu lagu yang aku anggap berhantu adalah lagu Purnama Merindu. Suka giler aku dengan lagu ni.

3. Amy Mastura
  • Aku suka dia sebab dia cumel dan sifat happy go lucky-nya. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Walaupun dah beranak dua, still maintain dengan kecute-annya.
  • Lagu2 dia pun banyak yang jenis happy. Dan lagu yang dia cipta pun banyak yang sedap2 dan happy macam dia gak. Aku rasa bila orang tengok muka dia je mesti jadi happy macam dia. HAHA.
  • Dan dia juga antara artis yang jarang ada gosip. Bayangkan dah berbelas tahun dalam industri tu, takde pun gosip liar pasal dia. Sebaik-baik Siti pun tetap ada gosip2 liar.
  • Aku suka bila dia jadi pengacara. Selamba je. Macam Sh. Shahira tulah. Tak dapat bayangkan kalau dorang bergabung. Habis keluar isi perut gamaknye.KAH3...!!!

4. Backstreet Boys
  • Kali ni aku terpengaruh dengan abang aku lagi. Dia yang mengenalkan aku ke dunia luar. ceh3. Mungkin dia juga dipengaruhi oleh kawan-kawannya adanya. Masa tu aku sekolah rendah lagi. Dan lagu yang femes dan aku suka adala..ala tak ingatla..yang videoklip dia menari dengan kerusi tuh. HAA.. dah ingat. As Long AsYou Love Me. Sampai sekarang aku suka lagu tu.

5. Westlife
  • Masa ni aku dah masuk skolah menengah. Mula2 aku tak minat. Aku kutuk gak dorang. Sebab nampak macam lembik dan lagu stail slow2 je. Sekali aku dengar lagu2 dari kaset dorang terus fall in love. Aku suka tengok videoklip Uptown Girl tu. Tapi dorang ni suka lagu slow2 dan lagu-lagu saduran. Dan tak banyak lagu yang boleh dance.

6.Raihan
  • Yang ni artis yang aku betul2 salut. Hmm.. sangat best dorang ni. Tapi hari tu aku da bac paper yang dorang mungkin akan berkubur. Sebab apa?Sebab industri nasyid yang dah tak serancak dulu dan kecewa dengan sikap orang kita.Kenapa? Dorang sebenarnya dapat banyak show di luar negara dan kebanyakkannya guna duit dorang sendiri untuk pergi. Dorang dah cari penaja tapi sumenya tak berminat nak taja dorang. Kesian kan? Kalaula aku kaya, insyaAllah aku akan bantu dorang. Apela orang Islam ni. Bukannye nak sama bantu sedara seagama. Niat dorang baik nak sebarkan Islam dan sekaligus promosi Malaysia kat dunia. Aku harap dorang takkan berkubur tapi terus berjuang dalam industri nih.
  • Aku suka masa Nazrey still dalam group ni. Dia nyanyi sampai boleh menusuk hati dan jantung..Wah2. Tapi serius. Macam lirik lagu tu sampai kat kita. Macam dia nyanyi tu penuh dengan keikhlasan. Tak macam penyanyi lain bila nyanyi, first kita suka sebab lagu tu sedap tapi lirik dia kita tak ambil pot sangat. Pastu baru kita cari lirik.Tapi Raihan ni kita dengar lagu je, tapi lirik dia dah sampai dalam hati. Dan dorang nyanyi dengan sangat lembut dan mendayu dan menenangkan telinga.

7.In-team
  • Artis nasyid kedua yang aku minat. Sebenarnya dua ni lah yang aku suka dari dulu sampai sekarang. Yang lain ada la aku suka gak tapi tak sangat la.Sebab lagu sedap je. Tapi Inteam ni lagu dorang kebanyakam memang sedap. Aku paling suka dengan album Tiada Lagi Kasih. Hmm..memang tiada lagi kasih.Maksudnye takde lagi lagu cintan-cintun. Setahu aku, album ni adalah album first Inteam yang diterbitkan oleh kompeni dorang sendiri. Jadi selama ni rasanya dorang ni terikat dengan kehendak syarikat naungan dalam menentukan dorang punya konsep album. Maka terhasillah lagu cintan-cintun tuh. Then lepas dorang ada kompeni sendiri barulah dorang boleh menetukan konsep album sendiri. Lagipun dorang dah matang dan berkeluarga dah pun. Takkan still nak nyanyi lagu2 cinta. (P/s: ni hanya andaian aku. Takde kene-mengena dengan yang hidup mahupun yang mati)

8. Spider
  • Aku minat dorang ni masa aku kat matrik. Masa tu lagu Relaku Pujuk tengah berhantu. Ada jiran sebelah aku(maksud aku bilik sebelah) pun minat dia jugak dan ada beli cd dorang. So aku pun tumpang2 dengar dan ternyata dorang memang best. Lagu2 dorang sume best2 dan sedap didengar walaupun simple dan perkataannye pelik2 tapi sempoi. Dan yang lebih penting, dorang turut terlibat dalam penghasilan lagu yang bagi aku kalau penyanyi tu compose lagu sendiri, maknanya dia ada identiti. Tapi sekarang ni Spider senyap je..Nape ek?

9. Ungu
  • Kalau ditanya artis indon yang paling aku minat, Ungu la jawapannya buat masa ni. Lagu2 dorang kebanyakannya sangat best. Di samping lagu yang sedap didengar, liriknye pun sangat puitis. Tengokla lagu Tercipta Untukku. Lirik dia...wahhh. Superb. Lagunya...marvellous. Lagu lain macam Cinta Dalam Hati, Kekasih Gelapku, Andai Ku Tahu semuanya best2 belaka. Cayalah Ungu!!! Aku rasa takde lagi yang mampu mengganggu-gugat ke-best-an Ungu dalam hatiku. Chewahh!!

10. Faisal Tahir
  • Sebenarnye aku miss tengok dia masa OIAM dulu. Aku dok asrama. Malas la nak tengok. So memang aku tak penah tengok dia masa bertanding.Tapi aku start kenal dia melalui lagu Mahakarya Cinta. Dan aku suka lagu tu. Aku suka bila dia buat performance. Sangat mantap walaupun kadang2 over sket(hehe..skarang dah insaf kot). Dia speaking English pun best. Ada slang2 sket. Dan dia nampak bersungguh-sungguh dalam bidang nyanyian. Dia selalu mahukan yang terbaik. So, tak hairan la dia mampu berjaya dalam masa yang singkat walaupun kerjayanya itu terhenti buat seketika.

11. DBSK
  • Haa...ni part yang aku tunggu. Kita terbang ke Korea Selatan plak.Sebabnya sekarang ni aku tengah addict dengan dorang. Untuk yang tak kenal, dorang merupakan antara artis yang sangat femes di rantau Asia. Yang aku tau, Jepun, China, Thailand. Kat Malaysia ni mungkin still underground(betul ke perkataan ni?) sebab berita pasal artis China,Korea dan Jepun selalunye dalam paper berbahasa cina je.Tapi sebenarnya sudah ramai fans dorang kat malaysia termasukla orang2 melayu, terutamanya student ipt (kot, tak sure). Lagu feveret aku adalah Heart, Mind and Soul, yang juga merupakan background music blog nih. Lagu yang best dan lirik yang superb. Aku harap masalah dorang dengan SME tu tidak akan menyebabkan dorang disband. Sayang kalau dorang berpecah. Dan aku rasa korea akan hilang sebuah group yang bertaraf antarabangsa jika itu berlaku. Wooo..sedih!

Wednesday, August 26, 2009

My Wish List

1. Nak fluent in japan language. Actually dah belajar kat u tapi 1 sem jer. Then subject just 1 credit hour. Dulu teringin sangat nak further study kat Jepun, tapi dah tak pandai, tak belajar sungguh-sungguh, mana nak dapat. Kecuali kalau aku anak orang kaya.

2. Nak gi Jepun.hahaha. Still pasal Jepun.Hmm.. mungkin satu hari nanti kot dapat gi sana.Maybe just for voyage. Tapi kalau dapat sambung belajar lagi syioukk..huhu. Hopefully my dreams come true. Tak tahulah kenapa aku minat sangat dengan Jepun nih. Maybe lepas tengok cite GTO masa sekolah randah dulu. Then terus addict dengan drama2 jepun. Japan punye citer best..Walau merapu kerapu macam mana pun citer dia tapi tetap ada moral value.ish..dah jauh dari landasan topik lak..hehe

3. To have my own bedroom. So i can hias my room myself. Dari kecik berangan nak bilik sendiri. Tapi nak buat camner, adik-beradik pompuan ramai. Kene la kongsi. Kalau la kami kaya...Jeles la tengok orang lain ada bilik masing-masing.NAK JUGAK!!

4. To have a boyfriend.hehe.. GATAL!! yelah. Orang tak cumel, tak cantik, tak menarik..mana la orang akan tertarik..chewah...Hanya mampu berangan je dalam mimpi(camner tuh?) Mimpi kawen da 3 kali..percaya x.Tapi tak penah nampak muka pengantin lelaki nye. Except for the last mimpi..walaupun tak nampak, tapi aku tau sape dia. but i cant believe that i dreamt him. dem!! Takleh blah langsung. Kami mana boleh kawen. Nak tau sape?hmm..sorry. i have to keep this.

5. To live on my own. Supaya dapat berdikari dan tak terlalu bergantung pada famili. Yela..takkan selamanya nak bergantung kat famili. Walaupun payah macam mana sekalipun, aku teringin sangat nak ada hidup sendiri.

6. Pergi ke Korea. haha.. Tadi nak gi jepun, ni nak gi korea plak? Tapi reason nak gi Korea ni tak sama dengan nak gi Jepun tu. Aku nak gi Korea selepas terminat kat DBSK and selepas aku tengok citer2 Korea. Tapi belum teringin lagi nak belajar bahasa diorang. Macam susah je..

7. Nak fasih dalam BI. Sepatutnye letak atas skali tadi. Lupa lak.hmm..Dah berbelas taun belajar pun still takleh terer cakap. Tulah..gi skolah main-main, bukan nak belajar betul2.

8. Nak jadi tukang masak hebat.Oppss..bukan nak jadi chef ek. Just for my future husband and kid(s). Orang kata biar seorang isteri atau ibu yang masak untuk famili. Baru la bahagia. Anak-anak sayang..suami ape lagi.Kan?

9. Nak belajar main piano. Entahlaa...JELES tapi suka bila tengok orang tu pandai main piano. Teringin nak mainkan satu lagu. Bila ntah nak belajar.Kadang-kadang tu pernah jugak berangan nak join band. Seronok..boleh menghiburkan hati. selain piano, aku jugak teringin nak main biola. Macam seksi jer bila nak pegang biola tuh...kui..kui..

10. Nak belajar bahasa Mandarin. Dari kecik aku suka tengok cite Cina. Aku paling ingat cerita The Good Old Days. Yang nama hero dia, Ho Sang, heroin Sau Hau. Kan bagus kalau abah aku hantar aku kat skolah Cina masa aku kecik dulu. Best jer bila tengok anak-anak sedara aku berspeaking mandarin. Aku ni banyak pulak plak nak belajar bahasa asing. tapi english aku pun terkemut-kemut lagi nak cakap.wakaka..

Okela..let's stop here. i'll update if i have another wish.

Monday, August 24, 2009

Bila Ramadhan Tiba...

Sesetengahnya mungkin hanya berlaku di malaysia je. Entry ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri dah juga umat-umat seIslam yang lain.

1. Pakat-pakat surf internet cari niat puasa ramadhan.Maklumlah...puasa setahun sekali.
2. Peniaga tumbuh macam cendawan.Bazar sana..bazar sini.
3. Masjid penuh terutamanya pada hari-hari awal ramadhan. Hari-hari terakhir masjid hampir kembali ke keadaan asal. Semua orang mula sibuk membuat persiapan raya
bagaikan esok sudah tiada.
4. Tiba-tiba semuanya nak jadi baik. Yang selalu pakai baju tak cukup kain tu, tiba-tiba je jadi cukup.Yang tak pakai tudung, tiba-tiba pakai tudung. Yang penyanyi tiba-tiba nak
slowkan kerja. Ada yang berazam nak berenti merokok. Baca al-Quran tiap-tiap hari.Tapi untuk sebulan je lahh. Kalau yang berjaya teruskannya...alhamdullilah.

Sama-samalah kita muhasabah diri. Semoga ramadhan kali ini betul menjadikn kita orang yang lebih baik dan beriman. Insya-Allah...


Saturday, August 22, 2009

Kisah Sufiah

Berita Harian bertarikh hari ini (22 Ogos 2009) menceritakan tentang harapan ibu kepada pelajar genius Matematik, Sufiah yan pernah menggemparkan kita dengan berita mengenai perkidmatan seks yang ditawarkan. Berikut adalah petikan berita tersebut.

Pulanglah Sufiah

Oleh Sariha Mohd Ali

Ibu wanita genius harap sinar Ramadan buka hati anak kembali ke pangkuan keluarga

KUALA LUMPUR: "Saya bersyukur dia sudah insaf dan berharap sinar Ramadan kali ini akan membuka pintu hatinya untuk kembali ke pangkuan keluarga dan saya tetap menerimanya sama seperti Sufiah yang dulu," kata Halimahton Yusof - ibu wanita genius Matematik, Sufiah Yusof, 24.

Halimahton yang berasal dari Muar, Johor, berkata, Sufiah – anak ketiga daripada lima beradik, kini aktif menjalankan kerja amal di London, tetapi masih enggan bertemu keluarganya mungkin kerana rasa bersalah dan malu.

Sufiah yang dianugerah kepintaran semula jadi sehingga berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, menggemparkan masyarakat apabila ditemui menawarkan khidmat seks melalui internet di Salford, Manchester.

Kisah kehidupan malang Sufiah itu disiarkan akhbar News Of The World pada 31 Mac tahun lalu. Bagaimanapun, Sufiah kini aktif menjalankan kerja amal dengan membantu kanak-kanak malang di London dan diberi perlindungan khas oleh Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom.

Halimahton berkata, beliau memahami apa yang dialami Sufiah dan yakin anaknya masih belum dapat melupakan trauma kehidupan yang dilaluinya.

"Kami sedia memberinya masa untuk bersendirian sebelum pulang ke pangkuan keluarga. Setiap manusia melakukan kesilapan dan kita wajar memberinya peluang untuk berubah. Biar apa pun yang diperkatakan orang mengenainya, dia tetap anak yang saya dan namanya sentiasa disebut dalam doa setiap kali selepas solat.

"Saya tahu, Sufiah akan kembali dan kami bersabar menunggu detik bahagia itu. Paling penting, saya gembira dan bersyukur kerana Sufiah sudah bertaubat. Mungkin Ramadan dan Aidilfitri kali ini bakal memberi sinar baru dalam keluarga kami," katanya dalam pertemuan dengan Berita Harian, petang kelmarin.

Ini adalah pertemuan pertama Halimahton dengan wartawan sejak kembali ke tanah air, bulan lalu, selepas 34 tahun menetap di London.

Halimahton yang sudah bercerai dengan suaminya, Farooq Yusuf, kini tinggal di Damansara bersama anaknya, Iskander Ibrahim Farooq Yusuf, 23, dan Sabrina Zuleikha, 15.

Sebagai ibu, Halimahton mengakui perasaannya membuak untuk bertemu Sufiah sejak berpisah pada 2005, tetapi undang-undang di United Kingdom (UK) menghalangnya berbuat demikian.

"Memang saya dan adik-beradiknya sangat merindui Sufiah kerana hubungan kami rapat, tetapi saya tidak boleh menemuinya kerana ia melanggar undang-undang.

"Di UK, jika seorang yang sudah dewasa menyatakan enggan bertemu seseorang, kita tidak boleh melanggar arahan itu dan saya sebagai ibu, menghormati permintaan Sufiah yang mungkin dibuat kerana tertekan atau malu untuk bertemu kami," katanya.

Halimahton berharap kejadian yang menimpa keluarganya menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya kejadian sama tidak berulang kerana dugaan itu terlalu berat dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk menempuhinya.

"Tidak perlu saya menangis atau berputus asa atas apa yang berlaku, sebaliknya saya perlu tabah melalui dugaan berat ini. Sebenarnya, apa saja boleh berlaku tetapi sebagai orang Islam, kita perlu bijak dan tenang menghadapinya.

"Bagi saya, antara sebab yang menekan Sufiah hingga dia jadi begitu adalah akibat tekanan yang diberikan terhadapnya untuk muncul sebagai pelajar cemerlang dan dikenali dunia," katanya.

Sementara itu, Iskander Ibrahim berkata, beliau memahami tekanan yang dialami kakaknya kerana perkara sama turut dirasainya.

"Saya memasuki Universiti Warwick bagi mengikuti pengajian Sarjana Matematik ketika berusia 12 tahun dan berasa tertekan kerana pada usia muda, perlu bergaul dengan penuntut dewasa. Pada masa sama, tumpuan media menyebabkan saya perlu lulus cemerlang dalam peperiksaan," katanya.

Atas sebab itu, katanya, keluarganya tidak akan menekan dan memaksa Sabrina Zuleikha memasuki universiti pada usia muda.

"Dia turut ditawarkan ke universiti pada usia 13 tahun, tetapi ibu lebih suka jika dia melalui kehidupan normal seperti remaja lain terlebih dulu. Memang ibu tidak memaksa tetapi adik saya sendiri sudah melihat apa yang kami lalui sebelum ini.

"Sebab itu, dia hanya akan memasuki universiti pilihannya khasnya di Amerika Syarikat ketika berusia sekurang-kurangnya 17 tahun," katanya.

Semoga hati Sufiah terbuka untuk menemui keluarganya dan semoga dia betul-betul insaf atas perbuatannya yang lalu. Bak kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Tuesday, August 18, 2009

Last Farewell by Big Bang

Selain dbsk, aku jugak minat bigbang sebab aku suke tengok dorang punyer MV.
almost all of their MVs were superb.

lain dari yang lain dan sangat dramatic
i really love this MV

MV ni mengisahkan sorang guy ni suka kat satu awek yg sekuliah(kot) dengan dia
tapi awek ni tak layan
pastu kawan-kawan dorang wat la makeover kat dia.Jadikan dia sangat stylo.
hmm...tengok sendirik la the ending
seyes best!
enjoy!!



and this is the romanization lyric

Last Farewell by BIGBANG

yes bigbang is back most definitely hey move
b to the i to the g (bang bang) about love

[chorus]
i don’t wanna be without you girl majimak insaneun jeobeodugil barae
oneul dan harumankeumeun i don’t wanna be without you girl nae seotun maeum
kkaji ango gajwo i love you i need you girl
baby baby baby jogeum eosaekhajiman seoro
baby baby baby ajik saranghago inneunde
baby baby baby duryeopgineun hajimanseodo
kkeuchiboijiman nan geuraedo only you girl

[TY]
sangcheoman gadeukhae mojilge nal daehadeon neo
eoreugo dallae tto banbokdoe neol pihadeon na
eodiseobuteo eogeutnasseulkka ginagin gomin
haedabeomneun munjesoge hemeyeo nan

[gd]
miromirosoge gachin gil ireun bangnangjamanyang idojeodo motae nan manyang
gidarigiman hal ppun sappunsappunhi naege dagawajugil girl
uri cheoeummannan ttae cheoreom putputadeon geuttae cheoreom
ireonireonireon jeoreonjeoreonjeoreon neowa nae saiui kkeun jeoldaenochimareo

[chorus]
i don’t wanna be without you girl majimak insaneun jeobeodugil barae
oneul dan harumankeumeun i don’t wanna be without you girl nae seotun maeum
kkaji ango gajwo i love you i need you girl
baby baby baby jogeum eosaekhajiman seoro
baby baby baby ajik saranghago inneunde
baby baby baby duryeopgineun hajimanseodo
kkeuchiboijiman nan geuraedo only you girl

[top SR DS]
amureon mal eopsi tteona yeollageopgo (amu mal anko)
geureoda eoneunal gapjagi natanago (museunirisseonnyaneun deut)
nal gatgononeungeonji ige sarangi matneungeonji
haruedo yeoldubeon deo hetgalligo (about love)
handubeon gatgonoldeon jangnangam neon mwol wonhaennyago doemureobwasseo
dalkomhameun aju jamkkan urin neomu swipge nogabeorin somsatang
(jichin gaseum ijen nado makjimotalgeotman gata) eoseo nal jabajwo (tteonagagi jeone)

[chorus]
i don’t wanna be without you girl majimak insaneun jeobeodugil barae
oneul dan harumankeumeun i don’t wanna be without you girl nae seotun maeum
kkaji ango gajwo i love you i need you girl
baby baby baby jogeum eosaekhajiman seoro
baby baby baby ajik saranghago inneunde
baby baby baby duryeopgineun hajimanseodo
kkeuchiboijiman nan geuraedo only you girl

[DS,SR,TY]
yeojeonhi neol saranghajiman naegeneun neomuna sojunghajiman ye
nugudo ne jaril meul su eomneungeol i know (you know)
oh geunyang joyonghi nal anajwo

[chorus]
i don’t wanna be without you girl majimak insaneun jeobeodugil barae
oneul dan harumankeumeun i don’t wanna be without you girl nae seotun maeum
kkaji ango gajwo i love you i need you girl
baby baby baby jogeum eosaekhajiman seoro
baby baby baby ajik saranghago inneunde
baby baby baby duryeopgineun hajimanseodo
kkeuchiboijiman nan geuraedo only you girl

b to the i to the g (bang bang)
kkeuchiboijiman nan geuraedo only you girl (about love)

Monday, August 17, 2009

Korean Artist @ K-Pop

anda minat korean artis?
dbsk?
bigbang?
wodergirls?
ss501?
rain?

sape-sape dbsk fan angkat tangan?
haha!!
tak suka la dengar news dorang sekarang

and the latest news, daesung, bigbang member accident
dengar cite teruk gak
he's being confined and kept in hospital for at LEAST 8 weeks...he's got real bad injuries, hes broken his nose, his arm, the bone under his eye and more.


daesung